UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Mahmud Ahmad
Title :Pembangunan alat bantu mengajar 'Li-Mo' berbantukan komputer berdasarkan sumber terbuka bagi eksperimen gerakan linear dan kajian persepsi
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2010
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah alat bantu mengajar yang juga merupakan sebuah sistem pengukuran berbantukan komputer bagi eksperimen gerakan linear. Pembinaan antaramuka sistem dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python yang merupakan sumber terbuka. Bagi proses pengujian sistem, antaramuka tersebut digunakan bersama-sama dengan pengawal mikro PHOENIX, penderia inframerah, kereta dan landasan sepanjang 1.5 meter. Proses mengawal dan mengumpul data dilakukan dengan menggunakan butang yang disediakan pada antaramuka. Data yang dikumpulkan akan diproses dan dipaparkan dalam graf sesaran-masa dan halaju-masa pada skrin komputer. Perbandingan sistem dengan kaedah konvensional dan PASCO dilakukan bagi memastikan sistem yang dibangunkan sesuai digunakan. Bagi tujuan kajian persepsi, seramai 55 orang sampel kajian daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 29 item soal selidik yang dikelaskan kepada 5 konstruk iaitu 1) Kesesuaian isi kandungan 2) Kesesuaian objektif perisian 3) Fleksibiliti alat 4) Kesesuaian antaramuka dan 5) Kebolehgunaan sistem. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem yang dibangunkan adalah baik dan persepsi responden kajian adalah positif terhadap kesemua konstruk
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.