UPSI Digital Repository (UDRep)

Strategi pembelajaran matematik realistik menggunakan pendekatan koperatif dalam persekitaran pengkajian pembelajaran

AVAILABLE Thesis 192 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Strategi pembelajaran matematik realistik menggunakan pendekatan koperatif dalam persekitaran pengkajian pembelajaran
Type
Thesis
Main Author
Dwiyana
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2013
Notes
with CD
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan membangunkan model Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Realistik Berstrategi Koperatif (PMRBK) dan menerapkan pengkajian pembelajaran bagi tajuk ungkapan kuadratik, punca kuadratik dan teorem Pythagoras. Manakala langkah-langkah pemecahan masalah pendidikan dijadikan kerangka acuan. Pembangunan model dan penghasilan produk pengajaran dan pembelajaran yang sah, praktikal, dan berkesan dilakukan melalui kesahan pakar, simulasi, dan kajian lapangan di sekolah menengah pertama, Bandar Malang, Indonesia. Di samping kejayaan membangunkan model PMRBK, buku pelajar yang dihasilkan meningkatkan semangat belajar pelajar, semangat guru dalam membimbing dan mendorong pelajar untuk bersama-sama menyelesaikan masalah matematik. Guru dan pakar matematik bertanggapan positif terhadap pelaksanaan PMRBK. PMRBK melatih pelajar lebih kreatif menyelesaikan masalah matematik, cekap menganalisis dan meneroka konsep matematik, dan meningkatkan keprofesionalan guru. Penyelidikan berjaya menganalisis proses dan pembangunan model PMRBK dengan penerapan pengkajian pembelajaran bagi tajuk ungkapan kuadratik, punca kuadratik dan teorem Pythagoras sebagai strategi pembelajaran matematik realistik menggunakan pendekatan koperatif dalam persekitaran pengkajian pembelajaran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.