UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Normala Hasan
Title :Aplikasi modul pengajaran terancang berasaskan pendekatan deduktif terhadap pencapaian peribahasa pelajar
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2013
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang “Aplikasi Modul Pengajaran Terancang Berasaskan Pendekatan Deduktif Terhadap Pencapaian Peribahasa Pelajar”. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Sejumlah 66 orang pelajar dipilih secara persampelan kebetulan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Modul Pengajaran Terancang yang menggunakan peribahasa, mengatasi kekeliruan pelajar-pelajar terhadap kelainan antara peribahasa dengan maksud peribahasa dan untuk melihat kesesuaian Modul Pengajaran Terancang Menggunakan Peribahasa berasaskan Pendekatan Deduktif terhadap pelajar-pelajar tingkatan 4 di sekolah menengah. Data kajian dikumpul dengan menggunakan empat kaedah, iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan pustaka. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan markah pencapaian untuk ujian kuasi-eksperimen dilakukan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Temu bual dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan Modul Pengajaran Terancang terhadap pencapaian pelajar dalam peribahasa. Data pemerhatian untuk melihat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan data pustaka dilakukan untuk memantapkan lagi hasil penulisan. Reka bentuk kajian berdasarkan kajian kuasi-eksperimen yang telah diolah untuk membentuk Kerangka konseptual untuk memperoleh data yang agak tepat berasaskan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hasil pengiraan ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam aspek peribahasa dan menunjukkan keberkesanan Modul Pengajaran Terancang. Implikasi kajian ini terhadap pelajar ialah pelajar-pelajar dapat memahami dan menggunakan peribahasa dengan betul dalam karangan dan menghayati peribahasa sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Selain itu, para guru bahasa Melayu boleh merancang dan melaksanakan pengajaran terancang di bilik darjah. Dalam bidang pendidikan, pembinaan modul ini dapat mengatasi kekeliruan para pelajar terhadap kelainan antara peribahasa dengan maksud peribahasa dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di Malaysia. Model Pengajaran Terancang Peribahasa merupakan inovasi baharu yang mengetengahkan bahan pengajaran terancang sebagai alat untuk membantu pengajaran. Pelajar sebagai anggota masyarakat dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara sebagai kesinambungan dalam pengajaran dan pembelajaran bermodul ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.