|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kesukaran mengalihkan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus sering dihadapi para penterjemah dalam proses penterjemahan yang melibatkan dua bahasa yang berbeza struktur tatabahasanya. Hal ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang mempunyai kala sedangkan bahasa Melayu bukan bahasa berkala. Tiga korpus dipilih dalam kajian ini, iaitu Novel al-Ayyam karya Taha Husayn dalam bahasa Arab dan dua teks terjemahannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Kajian ini bertujuan melihat kaedah penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah amatur ketika berhadapan dengan masalah ini di samping membandingkannya dengan kaedah yang digunakan oleh penterjemah professional. Perbezaan dan persamaan pengungkapan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus ditentukan berdasarkan analisis nahu kontrastif (nakon) yang meliputi aspek bentuk, makna dan pola kata kerja. Kerangka teoritikal yang digunakan ialah prosedur transposisi, modulasi, reduksi, ekspansi, dan literal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam pemilihan prosedur terjemahan antara penterjemah amatur dengan penterjemah profesional. Dapatan lain ialah prosedur ekspansi dan transposisi lebih sesuai digunakan dalam penterjemahan karya sastera. Pada masa yang sama, prosedur literal dan reduksi sesuai digunakan bagi mengelakkan kejanggalan ayat dan pembaziran kata dan ruang. Selain itu dapat mengelakkan pengulangan perkataan yang sama makna sekiranya makna kala sudah difahami melalui konteks ayat. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |