Penterjemahan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam novel Al-Ayyam
Type
Thesis
Main Author
Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad
Subject
P Language and Literature
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2013
Notes
with CD
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kesukaran mengalihkan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus sering dihadapi para penterjemah dalam proses penterjemahan yang melibatkan dua bahasa yang berbeza struktur tatabahasanya. Hal ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang mempunyai kala sedangkan bahasa Melayu bukan bahasa berkala. Tiga korpus dipilih dalam kajian ini, iaitu Novel al-Ayyam karya Taha Husayn dalam bahasa Arab dan dua teks terjemahannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Kajian ini bertujuan melihat kaedah penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah amatur ketika berhadapan dengan masalah ini di samping membandingkannya dengan kaedah yang digunakan oleh penterjemah professional. Perbezaan dan persamaan pengungkapan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus ditentukan berdasarkan analisis nahu kontrastif (nakon) yang meliputi aspek bentuk, makna dan pola kata kerja. Kerangka teoritikal yang digunakan ialah prosedur transposisi, modulasi, reduksi, ekspansi, dan literal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam pemilihan prosedur terjemahan antara penterjemah amatur dengan penterjemah profesional. Dapatan lain ialah prosedur ekspansi dan transposisi lebih sesuai digunakan dalam penterjemahan karya sastera. Pada masa yang sama, prosedur literal dan reduksi sesuai digunakan bagi mengelakkan kejanggalan ayat dan pembaziran kata dan ruang. Selain itu dapat mengelakkan pengulangan perkataan yang sama makna sekiranya makna kala sudah difahami melalui konteks ayat.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.