UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Abd. Wahab Muda
Title :Mengukur tahap literasi pentaksiran Guru sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2013
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi guru dalam bidang pentaksiran pembelajaran murid menggunakan Inventori Literasi Pentaksiran Bilik Kelas yang diadaptasi daripada Classroom Assessment Literacy Inventory. Kebolehpercayaan instrumen penyelidikan ditentukan dengan ujian ketekalan dalaman menunjukkan nilai . = 0.884. Analisis model Rasch menunjukkan nilai kebolehpercayaan person = 0.80 dan item =0.85 dengan nilai infinit MNSQ berada di antara 0.69 hinggan 1.44. Seramai 365 responden dipilih secara rawak daripada 3,347 orang guru dalam daerah Kuala Terengganu. Ujian hipotesis dilakukan berdasarkan jantina, tahap mengajar, kelulusan akademik, tempoh berkhidmat dan aktiviti pentaksiran. Data dianalisis menggunakan ujian MANOVA. Hasil ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan literasi mentaksir yang signifikan berdasarkan jantina, tahap mengajar, kelulusan akademik, tempoh berkhidmat dan aktiviti pentaksiran. Hasil analisis deskriptif menunjukkan hanya 7.4% melepasi literasi pada tahap sederhana, manakala 92.6% lagi tidak melepasi tahap literasi. Literasi pentaksiran berdasarkan standard pula menunjukkan hanya standard 2 dan 4 melepasi tahap literasi pada tahap sederhana, manakala 1,3,5,6 dan 7, tidak melepasi tahap literasi. Penguasaan literasi pentaksiran bilik kelas oleh guru, umumnya tidak melepasi tahap literasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.