|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi guru dalam bidang pentaksiran pembelajaran murid menggunakan Inventori Literasi Pentaksiran Bilik Kelas yang diadaptasi daripada Classroom Assessment Literacy Inventory. Kebolehpercayaan instrumen penyelidikan ditentukan dengan ujian ketekalan dalaman menunjukkan nilai . = 0.884. Analisis model Rasch menunjukkan nilai kebolehpercayaan person = 0.80 dan item =0.85 dengan nilai infinit MNSQ berada di antara 0.69 hinggan 1.44. Seramai 365 responden dipilih secara rawak daripada 3,347 orang guru dalam daerah Kuala Terengganu. Ujian hipotesis dilakukan berdasarkan jantina, tahap mengajar, kelulusan akademik, tempoh berkhidmat dan aktiviti pentaksiran. Data dianalisis menggunakan ujian MANOVA. Hasil ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan literasi mentaksir yang signifikan berdasarkan jantina, tahap mengajar, kelulusan akademik, tempoh berkhidmat dan aktiviti pentaksiran. Hasil analisis deskriptif menunjukkan hanya 7.4% melepasi literasi pada tahap sederhana, manakala 92.6% lagi tidak melepasi tahap literasi. Literasi pentaksiran berdasarkan standard pula menunjukkan hanya standard 2 dan 4 melepasi tahap literasi pada tahap sederhana, manakala 1,3,5,6 dan 7, tidak melepasi tahap literasi. Penguasaan literasi pentaksiran bilik kelas oleh guru, umumnya tidak melepasi tahap literasi. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |