|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan kaedah pembacaan buku cerita bertahap terhadap kemahiran pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah. Kajian yang dijalankan berbentuk eksperimen melibatkan kanak-kanak prasekolah berusia 56 tahun. Seramai 68 orang Pembaca Tahap 1 dan 70 orang Pembaca Tahap 2 telah dipilih. Sampel dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Kumpulan rawatan dibacakan buku cerita yang telah diubah suai mengikut garis panduan buku cerita bertahap, sementara kumpulan kawalan dibacakan buku cerita yang tidak diubah suai. Kanak-kanak daripada ke dua-dua kumpulan melakukan pembacaan buku cerita selama 20 minit sehari selama 8 minggu. Kesemua kanak-kanak melalui ujian pra dan juga ujian pos bagi mendapatkan maklumat peningkatan kemahiran literasi mereka. Analisis MANOVA dijalankan bagi melihat perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan. Hasil ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek pencapaian pemunculan literasi bagi Pembaca Tahap 1 [F(1,66)=2.868, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |