UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Norkhalid Salimin
Title :Pentaksiran komprehensif berbanding penilaian kendalian sekolah menengah dalam mata pelajaran pendidikan jasmani tingkatan 2
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap dan aras pembelajaran domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar bagi permainan bola baling dan badminton dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2 melalui Pentaksiran Komprehensif (PK). Analisis perbandingan antara PK dengan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) terhadap pencapaian pembelajaran pelajar turut dikaji. Sehubungan itu, penggunaan PK dan PKSM ditentukan keberkesanannya melalui soal selidik persetujuan guru. Reka bentuk kajian berupa deskriptif dan praeksperimenĀ  kajian kes sekali. Tempat kajian adalah di sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama dalam negeri Perak. Sampel terdiri daripada 17 orang guru Pendidikan Jasmani dan 1010 orang pelajar Tingkatan 2. Nilai kesahan kandungan instrumen PK bagi bola baling adalah r = .82 dan kebolehpercayaan berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah r= .78, r= .90 dan r= .83. Nilai kesahan kandungan instrumen PK bagi badminton adalah r = .79 dan kebolehpercayaan berdasarkan domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah r = .75, r = .83 dan r = .81. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik persetujuan guru terhadap penggunaan PK dan PKSM adalah a = .87. Keputusan kajian melalui PK mendapati pembelajaran kognitif pelajar bagi bola baling dan badminton adalah pada tahap baik (M = 67.35, SD = 11.75) dan (M = 73.90, SD = 14.15). Pembelajaran psikomotor semasa sesi latihan adalah pada aras manipulasi (M= 2.22, SD= .47); (M= 2.23, SD= .43), dan semasa sesi permainan pada aras menghubung kait (M= 3.48, SD= .77); (M= 3.43, SD = .78). Pencapaian pembelajaran afektif bagi bola baling adalah pada aras membina perwatakan (M = 4.35, SD = .77) dan bagi badminton adalah aras mengorganisasi (M = 4.11, SD = .76). Hasil kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p = .001) di antara PK dengan PKSM terhadap pencapaian pembelajaran domain kognitifdan psikomotor pelajar tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p= .57) bagi domain afektif dalam bola baling manakala bagi permainan badminton pula, terdapat perbezaan yang signifikan (p = .001) terhadap kesemua domain pembelajaran pelajar. Terdapat juga perbezaan yang signifikan (p= .001) tahap persetujuan guru terhadap penggunaan PK dengan PKSM yang mana 100 peratus guru bersetuju bahawa penggunaan PK berada dalam sela sangat baik dan baik. Dengan ini disimpulkan bahawa PK lebih sesuai sebagai instrumen yang standard untuk menentukan aras domain pembelajaran pelajar bagi permainan bola baling dan badminton dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan 2.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.