Strategi pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan pelajar asing
Type
Thesis
Main Author
Sharala Subramaniam
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2012
Notes
with cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini memerihalkan strategi pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Tujuan kajian ini
adalah untuk: (i) mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar asing
dalam mempelajari bahasa Melayu di Malaysia, (ii) mengetahui nilai min bagi SPB yang digunakan
oleh pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara asal mereka dan (iii) mengenal pasti,
sama ada pelajar asing lebih bermotivasi instrumental atau integratif dalam pemilihan strategi
pembelajaran bahasa Melayu. lnstrumen soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 173
orang pelajar asing yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data
soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar
asing lebih banyak memberi tumpuan di dalam kelas untuk menguasai bahasa Melayu. Strategi
pembelajaran bahasa yang digunakan oleh pelajar asing yang berlainan budaya berdasarkan negara
Nigeria, Indonesia, Iraq dan Libya ialah memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar di
dalam kelas. Pelajar China pula menggunakan strategi mendengar dengan teliti cara guru bertutur
dalam bahasa Melayu semasa pembelajaran berlangsung, manakala pelajar Iran menggunakan
strategi melibatkan diri dengan aktiviti kelas secara aktif. Selain itu, didapati pelajar asing
lebih bermotivasi integratif dalam pemilihan strategi pembelajaran bahasa Melayu berbanding
instrumental. Implikasi kajian ialah, para pensyarah sendiri perlu mempunyai inisiatif untuk
menggunakan pelbagai cara, kaedah atau pendekatan yang paling sesuai dalam proses pengajaran.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.