Penguasaan perbendaharaan kata bahasa melayu murid tahun enam - kesan kedudukan sekolah, jantina, dan sosioekonomi keluarga
Type
Thesis
Main Author
Manivannan Subramaniam
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Notes
With cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana penguasaan perbendaharaan kata bahasa Melayu murid
darjah enam dan meninjau sama ada wujud perbezaan penguasaan perbendaharaan kata antara murid di
bandar dan di luar bandar. Selain faktor jantina pengkaji juga melihat faktor sosioekonomi
keluarga yang mempengaruhi penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Kajian ini
diadakan di dua lokasi yang berbeza. Sekolah Kebangsaan Manjoi 1, Ipob dan Sekolah Kebangsaan
Jalan Panglima Bukit Gantang , Ipoh mewakili kawasan bandar manakala Sekolah Kebangsaan Jalan
Pengkalan Pegoh, Labat dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru, Kampung Kepayang mewakili kawasan
luar bandar. Seramai 100 orang murid terlibat dalam kajian ini. Bentuk perbendaharaan kata yang
diberi tumpuan ialah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Dapatan kajian menunjukkan, daripada
100 sampel hanya 46.00% murid sahaja dapat menggunakan lebih daripada min purata 17.16 perkataan.
Hal ini menggambarkan sejumlah besar murid, iaitu melebihi 50% belum dapat menguasai perbendaharaan
kata yang baik. Setelah dibuat perbandingan ternyata ada kebenarannya bahawa penguasaan
perbendaharaan kata murid di bandar lebih baik daripada murid di luar bandar. Walaupun kajian
lepas membuktikan bahawa murid perempuan mempunyai penguasaan perbendabaran kata yang tinggi
namun, pengkaji mendapati kajian ini sebaliknya. Sebagai kesimpulannya, kajian ini mendapati
penguasaan perbendaharaan kata murid sekolah rendah banyak dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi
keluarga. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji lain untuk meneruskan kajian
yang berkaitan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.