UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Khushairi Fadzal
Title :Penggunaan imbuhan-i dan -kan dalam novel perlumbaan kedua dan julia
Hits :25
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pada tahun 2000 Kementerian Pendidikan telah menetapkan Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) akan  menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu. Melahn pengajaran KOMSAS ini pelajar akan  dapat mempelajari bidang interpersonal, bidang maklumat dan estetik. Mengikut sukatan baru ini  penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan para pelajar menggunakan bahasa Melayu secara berkesan  dalam kehidupan  harian,  bidang  pekerjaan  dan  sebagai  bahasa  ilmu.  Walaupun  tujuan  pengajaran KOMSAS kepada pelajar mempunyai tujuan yang baik, tetapi ada perkara-perkara yang perlu  diperhatikan terhadap teks KOMSAS ini. KOMSAS merupakan karya kreatif yang mempunyai kelonggaran  dalam aspek tatabahasa. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang  penggunaan imbuhan -i dan -lean dalam novel Perlumbaan Kedua dan novel Julia. Maklumat yang akan  dikumpul nanti, adakah  penggunaan  imbuhan  -i  dan -kan dalam  novel tersebut  menepati  hukum  tatabahasa. Karya sastera kebiasaannya kurang menitikberatkan unsur tatabahasa dalam penulisannya.  Keindahan bahasa dan maksud yang ingin disampaikan menjadi fokus utama. Kajian ini juga bertujuan  untuk melihat kekerapan penggunaan imbuhan -i dan -kan.  Daripada  kekerapan  imbuhan  tersebut  pengkaji  akan  mengklasifikasikan penggunaan maksud  kausatif, benefaktif dan lokatif. Dengan ini pembaca akan dapat membezakan penggunaan imbuhan -i  dan -kan. Kesalahan tersebut mungkin berbentuk menambah atau meninggalkan imbuhan pada perkataan  tertentu. Selain daripada itu pengkaji cuba untuk mencari sekiranya terdapat ayat transitif aktif  atau ayat pasif yang tidak tepat.   Kesalahan-kesalahan yang mungkin timbul dalam novel yang dikaji  dikhuatiri akan menyebabkan pelajar terpengaruh dengan kesalahan tersebut. Kajian ini diharapkan  akan dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.