Penggunaan imbuhan-i dan -kan dalam novel perlumbaan kedua dan julia
Type
Thesis
Main Author
Khushairi Fadzal
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Pada tahun 2000 Kementerian Pendidikan telah menetapkan Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) akan
menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu. Melahn pengajaran KOMSAS ini pelajar akan
dapat mempelajari bidang interpersonal, bidang maklumat dan estetik. Mengikut sukatan baru ini
penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan para pelajar menggunakan bahasa Melayu secara berkesan
dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu. Walaupun tujuan
pengajaran KOMSAS kepada pelajar mempunyai tujuan yang baik, tetapi ada perkara-perkara yang perlu
diperhatikan terhadap teks KOMSAS ini. KOMSAS merupakan karya kreatif yang mempunyai kelonggaran
dalam aspek tatabahasa. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang
penggunaan imbuhan -i dan -lean dalam novel Perlumbaan Kedua dan novel Julia. Maklumat yang akan
dikumpul nanti, adakah penggunaan imbuhan -i dan -kan dalam novel tersebut menepati hukum
tatabahasa. Karya sastera kebiasaannya kurang menitikberatkan unsur tatabahasa dalam penulisannya.
Keindahan bahasa dan maksud yang ingin disampaikan menjadi fokus utama. Kajian ini juga bertujuan
untuk melihat kekerapan penggunaan imbuhan -i dan
-kan. Daripada kekerapan imbuhan tersebut pengkaji akan mengklasifikasikan penggunaan maksud
kausatif, benefaktif dan lokatif. Dengan ini pembaca akan dapat membezakan penggunaan imbuhan -i
dan -kan. Kesalahan tersebut mungkin berbentuk menambah atau meninggalkan imbuhan pada perkataan
tertentu. Selain daripada itu pengkaji cuba untuk mencari sekiranya terdapat ayat transitif aktif
atau ayat pasif yang tidak tepat. Kesalahan-kesalahan yang mungkin timbul dalam novel yang dikaji
dikhuatiri akan menyebabkan pelajar terpengaruh dengan kesalahan tersebut. Kajian ini diharapkan
akan dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.