UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norhazleyna Hamzah
Title :Analisis keperluan kandungan bagi pembangunan Modul E-Batik Sekolah Menengah satu kajian penerokaan
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka keperluan kandungan bagi modul E-Batik Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif berdasarkan kajian kes. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kandungan dan keperluan pembangunan modul E-batik sekolah menengah. Data kualitatif ini diperoleh daripada temu bual separa struktur dan analisis Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bidang Seni Kraf Batik PSV Tingkatan Lima. Bagi kaedah kuantitatif pula soal selidik telah dilakukan untuk mendapatkan kesepakatan pakar tentang keperluan modul E- batik yang dicadangkan oleh guru dan bakal guru PSV. Kajian ini melibatkan lima orang guru PSV, 20 orang pelajar studio batik Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan 10 orang panel pakar. Analisis tahap pengetahuan guru PSV ialah 60% dan bakal guru PSV ialah 80% tentang DSKP bidang Seni Kraf Batik Tingkatan Lima. Dapatan keperluan modul E-Batik yang diperoleh disokong 100% oleh guru dan bakal guru PSV serta terdapat cadangan bersesuaian menjadi nilai tambah sebagai bahan bantu mengajar terutama untuk guru PSV di sekolah menengah. Kesepakatan pakar diperoleh melalui teknik Fuzzy Delphi Methods (FDM). Seramai 10 orang pakar untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap kontruk cadangan sumber dan bahan modul E-batik. Kesepakatan pakar dicapai apabila 19 item yang dicadangkan oleh responden diterima. Dapatan peratus kesepakatan pakar yang diperoleh ialah 93% iaitu melebihi atau sama dengan 75%, nilai Threshold (d) _ 2.0 dan defuzzification _ 0.5 melepasi syarat-syarat FDM. Sumbangan kajian ini memberikan kesan positif serta kesedaran bagi guru dan bakal guru PSV untuk menguasai ilmu pedagogi bidang Seni Kraf Batik dan pengintegrasian TMK di dalam bilik darjah bagi mata pelajaran PSV.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.