|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk meneliti lagu rakyat etnik Bundu yang merupakan sebahagian daripada sastera lisan yang diwarisi sejak turun- temurun. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti makna lirik lagu rakyat kanak-kanak etnik Bundu dan menghuraikan fungsi pendidikan dalam lirik lagu tersebut. Kajian ini menggunakan penyelidikan kualitatif. Data diperolehi melalui temu bual di daerah Tuaran dan daerah kecil Kiulu. Seramai enam orang informan ditemu bual untuk mendapatkan sembilan buah lagu rakyat kanak-kanak. Data dianalisis secara deskriptif dengan menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Kajian menunjukkan bahawa lagu-lagu rakyat itu mempunyai makna tersurat dan tersirat. Dari lirik lagu itu seperti _pai pai londupai_, _giu giu sosonduk_, _tuntura_, _kokoriu_, _lumpis do kasalagan_ dan sebagainya menggambarkan budaya etnik Bundu yang berunsur kekeluargaan, mesra dengan alam sekitar dan bekerja sebagai petani masih relevan sehingga kini. Lagu rakyat kanak-kanak tersebut juga mempunyai beberapa fungsi pendidikan seperti mengamalkan sikap menghormati sesama manusia, menjaga dan memelihara perkataan yang baik dan benar, menanam kesedaran penting memiliki kepandaian dan pengetahuan serta menggalakkan sikap sabar dalam menjalani kehidupan seharian. Kesimpulannya, kajian ini mendapati lagu-lagu rakyat etnik Bundu mempunyai makna tersurat dan tersirat yang berfungsi sebagai pendidikan kepada pelajar. Implikasi kajian adalah dapat mendokumentasikan lagu-lagu rakyat yang sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |