UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Farayneld Bryn Fabian
Title :Makna lirik lagu rakyat kanak-kanak etnik Bundu dalam konteks Pendidikan Bahasa Kadazandusun
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk meneliti lagu rakyat etnik Bundu yang merupakan sebahagian daripada sastera lisan yang diwarisi sejak turun- temurun. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti makna lirik lagu rakyat kanak-kanak etnik Bundu dan menghuraikan fungsi pendidikan dalam lirik lagu tersebut. Kajian ini menggunakan penyelidikan kualitatif. Data diperolehi melalui temu bual di daerah Tuaran dan daerah kecil Kiulu. Seramai enam orang informan ditemu bual untuk mendapatkan sembilan buah lagu rakyat kanak-kanak. Data dianalisis secara deskriptif dengan menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Kajian menunjukkan bahawa lagu-lagu rakyat itu mempunyai makna tersurat dan tersirat. Dari lirik lagu itu seperti _pai pai londupai_, _giu giu sosonduk_, _tuntura_, _kokoriu_, _lumpis do kasalagan_ dan sebagainya menggambarkan budaya etnik Bundu yang berunsur kekeluargaan, mesra dengan alam sekitar dan bekerja sebagai petani masih relevan sehingga kini. Lagu rakyat kanak-kanak tersebut juga mempunyai beberapa fungsi pendidikan seperti mengamalkan sikap menghormati sesama manusia, menjaga dan memelihara perkataan yang baik dan benar, menanam kesedaran penting memiliki kepandaian dan pengetahuan serta menggalakkan sikap sabar dalam menjalani kehidupan seharian. Kesimpulannya, kajian ini mendapati lagu-lagu rakyat etnik Bundu mempunyai makna tersurat dan tersirat yang berfungsi sebagai pendidikan kepada pelajar. Implikasi kajian adalah dapat mendokumentasikan lagu-lagu rakyat yang sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.