UPSI Digital Repository (UDRep)

Modul Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Rebana Ubi

AVAILABLE Thesis 376 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Modul Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Rebana Ubi
Type
Thesis
Main Author
Mohd Zaki Ismail
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2010
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Laporan projek pembangunan ‘Modul Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Rebana’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM. Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen irama dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan 3 orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek dalam produk yang telah dibangunkan. Namun begitu masih juga terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Akan tetapi cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.