Sistem notasi tari rakyat Melayu di Semenanjung Malaysia: kajian kes Yayasan Warisan Johor dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Type
Thesis
Main Author
Leng, Poh Gee
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2022
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tesis ini memfokuskan pembangunan dan amalan sistem notasi tari rakyat Melayu melalui kajian kes Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dalam pengajian tari tempatan, literatur yang berkaitan dengan notasi tari adalah amat terhad dan hal ini menyebabkan berlakunya limitasi terhadap pemahaman peranan serta fungsi notasi tari dalam mempromosikan keberlangsungan tari rakyat Melayu. Melalui metodologi kualitatif seperti etnografi dan analisis struktural gerak, tesis ini mengidentifikasikan pelbagai kaedah pengnotasian yang sedia wujud di Semenanjung Malaysia serta menerangkan kepentingan notasi tari dalam menyampaikan struktur dan bentuk tari rakyat Melayu. Tesis ini menunjukkan penciptaan notasi daripada YWJ dan JKKN menjadi satu proses yang berwaspada dan fleksibel apabila pihak pengasas dapat memilih dan mengintegrasikan pelbagai kaedah notasi seperti deskripsi, ilustrasi serta adaptasi daripada Labanotasi demi merakamkan dan melestarikan repertoir zapin dan tarian gubahan baharu daripada InspiTari. Tesis ini mencadangkan penggunaan notasi yang terdiri daripada gabungan simbol dan terminologi sebagai sistem notasi yang paling sesuai dalam mentranskripsikan tari rakyat Melayu.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.