UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :ML Literature of music
ISSN :2232-1020
Main Author :Toh, Lai Chee
Title :Pengajaran dan pembelajaran komposisi muzik kolektif melalui teori kecerdasan pelbagai untuk memperkembangkan kecerdasan muzikal dan mengaktifkan kecerdasan lain
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2012
Notes :Vol.1 No.1 (2012) Malaysian Music Journal
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner mengiktiraf kepelbagaian kompetensi dalam kecerdasan manusia, dan mencadangkan lapan haluan potensi yang berbeza untuk berpengetahuan. Kajian ini mengkaji strategi dan pendekatan yang digunakan dalam komposisi muzik kolektif melalui pelbagai sudut kecerdasan untuk memperkembang kecerdasan muzikal pelajar dan mengaktifkan kecerdasan lain. Komposisi muzik kolektif merupakan satu daripada komponen aspek ekspresi kreatif yang diperkenalkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Tingkatan Dua. Metodologi kajian ini bercorak kualitatif dan digabungkan dengan sedikit elemen kuantitatif, dan berasaskan pendekatan kajian kes berganda yang dikendalikan di tiga buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan pendekatan melalui pelbagai kecerdasan membolehkan lebih ramai pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan kecerdasan (dari ketiga-tiga buah sekolah) menunjukkan persembahan pemahaman konsep muzik (irama, pic dan warna ton) melalui komposisi kolektif dengan menggunakan bahan bukan muzikal, suara dan pergerakan. Kepelbagaian strategi dan pendekatan juga memupuk dan merangsang kecerdasan pelbagai pelajar. Kata kunci: kolaboratif, komposisi kolektif, strategi dan pendekatan kecerdasan pelbagai, permainan bahan bukan muzikal pendekatan hands-on
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.