UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Nur Ashikin Suhaimi
Title :Pembangunan tema dan item bagi kriteria heutagogi paragogi dan sibergogi pengajaran dan pembelajaran Matematik peringkat Pengajian Tinggi
Hits :9
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kerangka Kurikulum Pengajian Tinggi Malaysia mencadangkan transformatif dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat pengajian tinggi secara menyeluruh seiring dengan perkembangan Pendidikan 4.0. Elemen utama yang diperkenalkan dalam kerangka ini adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan heutagogi, paragogi dan sibergogi (HPS). Namun begitu, tiada kriteria khusus untuk mengaplikasikan pendekatan ini khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengesahkan tema dan item dalam HPS. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan dengan menggunakan soal selidik Kriteria Heutagogi, Paragogi dan Sibergogi (SHPS) bagi setiap tema dan item yang diperoleh. Tinjauan dilakukan kepada 317 pendidik matematik dan pendidikan matematik di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema bagi kriteria heutagogi iaitu pembelajaran kolaboratif, kebolehrundingan pentaksiran, penentuan kendiri/kontrak pembelajaran dan amalan refleksi dengan jumlah 19 item keseluruhannya. Seterusnya, bagi kriteria paragogi terdapat empat tema iaitu pembelajaran tersebar dan tidak linear, penentuan konteks pembelajaran, pentaksiran dan refleksi dan maklum balas konstruktif dengan 19 item keseluruhannya. Bagi kriteria sibergogi, terdapat tiga tema iaitu pembelajaran kolaboratif, pembelajaran aktif dan penentuan kendiri pembelajaran dengan 15 item keseluruhannya. Kriteria ini memenuhi tahap memuaskan indeks kesahan muka dan kandungan serta mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Implikasinya, kriteria HPS yang dihasilkan ini boleh digunakan sebagai panduan dalam memenuhi aspirasi transformasi pengajaran ke arah pembelajaran Kurikulum Tersedia Masa Hadapan yang memberi penekanan kepada graduan holistik iaitu pembentukan pelajar bertaraf global memiliki kemahiran abad ke-21.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.