|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan program keagamaan terhadap pengimarahan Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Objektif kajian yang ditetapkan bagi mencapai tujuan tersebut iaitu: (1) mengenal pasti tahap penerimaan anggota tentera berdasarkan elemen konteks, input, proses dan produk dalam pelaksanaan program keagamaan terhadap pengimarahan Masjid ATM; (2) menganalisis perbezaan berdasarkan demografi anggota tentera dengan hasil pencapaian program; dan (3) menganalisis hubungan di antara elemen konteks, input dan proses dengan hasil pencapaian program. Kajian ini telah mengadaptasi satu model penilaian iaitu model CIPP dari Stufflebeam (1971). Rekabentuk kajian ini adalah pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Sampel terdiri daripada 380 anggota tentera dari tiga Masjid ATM yang terdapat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Data kajian ini di analisis dengan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 27 secara deskriptif dan inferensi menggunakan analisis min, Ujian T, ANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati tahap penerimaan konteks pelaksanaan program pada keseluruhannya berada pada tahap _Tinggi_ dengan nilai skor min iaitu (min=4.6447, sp=.379). Tahap penerimaan elemen input pelaksanaan program juga pada keseluruhannya berada pada tahap _Tinggi_ dengan nilai skor min iaitu (min=4.5017, sp=.396), manakala tahap penerimaan proses pelaksanaan program juga pada keseluruhannya berada pada tahap _Tinggi_ dengan nilai skor min iaitu (min=4.3981, sp=.485). Tahap pencapaian hasil pelaksanaan program juga pada keseluruhannya berada pada tahap _Tinggi_ dengan nilai skor min iaitu (min=4.5403, sp=.453). Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan berkaitan jantina dan tempoh perkhidmatan anggota dengan hasil pencapaian program, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan dengan umur dan pangkat responden. Dalam menganalisis hubungan di antara elemen konteks, input dan proses dengan hasil pencapaian pelaksanaan program, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi ketiga-tiga elemen iaitu konteks, input dan proses dengan hasil pencapaian pelaksanaan program. Implikasi kajian menunjukkan penerimaan anggota tentera terhadap pencapaian pelaksanaan program berada pada tahap _Tinggi_, namun terdapat beberapa item input dan proses perlu dipertingkatkan. Kajian ini memberi implikasi mendalam kepada Jawatankuasa Imarah Masjid ATM untuk perancangan masa hadapan dan kepada Jabatan Arah KAGAT untuk mengemaskini sukatan pengajian, serta kepada pegawai dan anggota KAGAT ke arah mempertingkatkan kompetensi tenaga pengajar. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |