UPSI Digital Repository (UDRep)

Disertasi dikemukakan bagi memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) (Mod Penyelidikan dan Kerja Kursus)

AVAILABLE Thesis 244 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Disertasi dikemukakan bagi memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) (Mod Penyelidikan dan Kerja Kursus)
Type
Thesis
Main Author
Rozlin Mat Hussin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan serta kesan pembelajaran berasaskan permainan (PBP) dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini juga mengkaji tentang perbezaan tahap penggunaan aplikasi gamifikasi dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah berdasarkan faktor demografi dan juga hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap gamifikasi dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini dilaksanakan menggunakan instrument soal selidik dan disebarkan secara google form dan juga salinan borang soal selidik. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 260 orang GPI yang mewakili populasi seramai 791 orang GPI di seluruh sekolah rendah di Daerah Kuantan, Pahang. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan terhadap gamifikasi dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah berada pada tahap yang sangat tinggi. Manakala, tahap pelaksanaan dan kesan pelaksanaan gamifikasi terhadap penerimaan murid mengikut persepsi guru Pendidikan Islam sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi. Analisis ujian-t sampel bebas dan analisis ANOVA sehala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan aplikasi gamifikasi dalam pengajaran GPI sekolah rendah berdasarkan demografi. Dapatan kajian adalah tidak signifikan bagi faktor jantina, faktor, pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas Pendidikan, jenis sekolah dan dapatan kajian adalah signifikan bagi faktor lokasi sekolah dan faktor status perkahwinan. Analisis ujian korelasi pearson r dijalankan bagi hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan gamifikasi dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah menunjukkan nilai pekali kolerasi r = .442, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.