|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan serta kesan pembelajaran berasaskan permainan (PBP) dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini juga mengkaji tentang perbezaan tahap penggunaan aplikasi gamifikasi dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah berdasarkan faktor demografi dan juga hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap gamifikasi dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini dilaksanakan menggunakan instrument soal selidik dan disebarkan secara google form dan juga salinan borang soal selidik. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 260 orang GPI yang mewakili populasi seramai 791 orang GPI di seluruh sekolah rendah di Daerah Kuantan, Pahang. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan terhadap gamifikasi dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah berada pada tahap yang sangat tinggi. Manakala, tahap pelaksanaan dan kesan pelaksanaan gamifikasi terhadap penerimaan murid mengikut persepsi guru Pendidikan Islam sekolah rendah berada pada tahap yang tinggi. Analisis ujian-t sampel bebas dan analisis ANOVA sehala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan aplikasi gamifikasi dalam pengajaran GPI sekolah rendah berdasarkan demografi. Dapatan kajian adalah tidak signifikan bagi faktor jantina, faktor, pengalaman mengajar, kelulusan ikhtisas Pendidikan, jenis sekolah dan dapatan kajian adalah signifikan bagi faktor lokasi sekolah dan faktor status perkahwinan. Analisis ujian korelasi pearson r dijalankan bagi hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan gamifikasi dalam pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah menunjukkan nilai pekali kolerasi r = .442, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |