|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh tanggapan sokongan penyelia dan tanggapan sokongan organisasi terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi, dan pengaruh tanggapan sokongan organisasi sebagai pengantara dalam hubungan antara tanggapan sokongan penyelia dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 131 orang polis bantuan di Universiti Malaya telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan keseluruhan set data populasi. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif digunakan untuk meringkaskan profil responden, manakala analisis regresi berbilang dan PROCESS Macro Model 4 untuk menguji hipotesis-hipotesis yang dicadangkan. Dapatan pengaruh langsung menunjukkan bahawa tanggapan sokongan penyelia mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tanggapan sokongan organisasi (_=- 0.4379, nilai-t=- 4.5372, p=0.0000), tanggapan sokongan penyelia mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku kewarganegaraan organisasi (_=0.1816, nilai-t=3.5452, p=0.0005), tanggapan sokongan organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku kewarganegaraan (_=0.9662, nilai-t=22.2626, p=0.0000). Dapatan pengaruh tidak langsung menunjukkan tanggapan sokongan organisasi bertindak sebagai pengantara separa yang signifikan dalam hubungan antara tanggapan sokongan penyelia dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (_=- 0.4231, CI=-0.5942 hingga -0.2655, p=0.0005). Kesimpulannya, tanggapan sokongan penyelia dan tanggapan sokongan organisasi berupaya meningkatkan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Implikasinya, bagi memperkukuh tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya, sokongan daripada penyelia dan organisasi perlu dipertingkatkan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |