UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh tanggapan sokongan terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya

AVAILABLE Thesis 169 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pengaruh tanggapan sokongan terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Asri Seman
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh tanggapan sokongan penyelia dan tanggapan sokongan organisasi terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi, dan pengaruh tanggapan sokongan organisasi sebagai pengantara dalam hubungan antara tanggapan sokongan penyelia dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 131 orang polis bantuan di Universiti Malaya telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan keseluruhan set data populasi. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisis deskriptif digunakan untuk meringkaskan profil responden, manakala analisis regresi berbilang dan PROCESS Macro Model 4 untuk menguji hipotesis-hipotesis yang dicadangkan. Dapatan pengaruh langsung menunjukkan bahawa tanggapan sokongan penyelia mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tanggapan sokongan organisasi (_=- 0.4379, nilai-t=- 4.5372, p=0.0000), tanggapan sokongan penyelia mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku kewarganegaraan organisasi (_=0.1816, nilai-t=3.5452, p=0.0005), tanggapan sokongan organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tingkah laku kewarganegaraan (_=0.9662, nilai-t=22.2626, p=0.0000). Dapatan pengaruh tidak langsung menunjukkan tanggapan sokongan organisasi bertindak sebagai pengantara separa yang signifikan dalam hubungan antara tanggapan sokongan penyelia dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (_=- 0.4231, CI=-0.5942 hingga -0.2655, p=0.0005). Kesimpulannya, tanggapan sokongan penyelia dan tanggapan sokongan organisasi berupaya meningkatkan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Implikasinya, bagi memperkukuh tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan perkhidmatan polis bantuan di Universiti Malaya, sokongan daripada penyelia dan organisasi perlu dipertingkatkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.