UPSI Digital Repository (UDRep)

Geo naratif perjalanan wanita menyelamatkan diri daripada keganasan rumah tangga di Malaysia

AVAILABLE Thesis 250 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Geo naratif perjalanan wanita menyelamatkan diri daripada keganasan rumah tangga di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Siti Nurzulaika Roslan
Subject
HV Social pathology. Social and public welfare
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian mengenai keganasan rumah tangga di Malaysia masih belum mendalami naratif perjalanan yang dialami oleh setiap wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga. Dengan menggunakan pendekatan geo-naratif, penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan untuk mendapatkan peserta kajian dan persampelan teoritikal dalam pembentukan naratif daripada data kajian. Perisian Quantum Geographic Information System (QGIS) digunakan untuk membina peta tiga dimensi perjalanan menyelamatkan diri daripada keganasan rumah tangga oleh peserta kajian. Dengan memfokuskan kepada campur tangan yang terlibat, kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga naratif perjalanan wanita iaitu; stasis, ulang-alik dan disorientasi. Naratif ini perlu difahami sebagai mempunyai perhubungan yang dinamik dan tidak berasingan antara satu sama lain. Naratif stasis dalam kajian ini merujuk kepada keadaan atau tempoh wanita yang tidak aktif daripada melakukan sebarang perjalanan. Wanita juga melakukan perjalanan ulang-alik yang melibatkan lokasi asal ke tempat yang menawarkan campur tangan. Perjalanan disorentasi merujuk kepada perjalanan yang tiada hala tuju lokasi dan tanpa mengetahui akibat daripada perjalanan tersebut. Kesemua lokasi yang akan dituju oleh wanita adalah bergantung kepada kewujudan campur tangan dan sumber informasi. Justeru, kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang geografi manusia dalam memahami naratif perjalanan wanita yang berada dalam krisis seperti keganasan rumah tangga. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu masyarakat dan pihak berkuasa dalam memberikan campur tangan yang lebih berkesan kepada wanita yang mengalami keganasan rumah tangga

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.