Penilaian tahap kompetensi guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Agama Negeri Johor (SANJ) negeri Johor Darul Ta'zim
Type
Thesis
Main Author
Muhamad Abdul Basith Razali
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2020
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kompetensi guru Kelas AI-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah
Agama Negeri Johor (SANJ). Model kompetensi bungkah air batu (iceberg competency model) oleh
Spencer dan Spencer digunakan dalam kajian ini. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang
menggunakan instrumen soal selidik kepada guru KAFA yang terdiri daripada 120 orang guru KAFA di 10
buah Sekolah Agama Negeri Johor yang terpilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara
rawak. Pengumpulan data maklumat diperoleh melalui soal selidik dan analisis secara kuantitatif
Analisis data dalam kajian ini menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t dan ANOVA. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru KAFA bagi keempat-empat aspek iaitu pengetahuan kurikulum
KAFA iaitu interprestasi tinggi (min=3.78,sp=0.29), pengetahuan pedagogi dalam program KAFA iaitu
interprestasi tinggi (min=3.90,sp=0.53), pelaksanaan penilaian yang dilakukan dalam program KAFA
dengan interprestasi tinggi (min=3.86,sp=0.48) serta profesional kerja dan sosial kerja berada pada
tahap interprestasi tinggi (min=3.84,sp=0.35). Hasil analisis perbezaan kajian melalui ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kompetensi guru KAFA berdasarkan
demografi iaitu jantina t(0.984) = 0.836, p > 0.05, jenis guru KAFA t(0.681) = 0.216, p > 0.05).
Hasil ANOVA terhadap kelulusan akademik F(2.220) = 0.090, p > 0.05, pengalaman mengajar F(0.134) =
0.939, p > 0.05, Iatihan ikhtisas F(l.096) = 0.338, p > 0.05. Kesimpulan kajian ini, menunjukkan
bahawa masih ramai guru KAFA di Sekolah Agama Negeri Johor yang belum mencapai kepada tahap
kompetensi yang sepatutnya dan memerlukan penambahbaikan dalam penguasaan terhadap pengetahuan
kurikulum KAFA, pengetahuan pedagogi dalam program KAFA, pelaksanaan penilaian yang dilakukan dalam
program KAFA serta profesional kerja dan sosial kerja. lmplikasi kajian ini, mendapati bahawa guru
KAFA hari ini memerlukan lagi latihan yang sesuai dalam meningkatkan kompetensi guru KAFA ke tahap
yang lebih baik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.