UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhamad Abdul Basith Razali
Title :Penilaian tahap kompetensi guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Agama Negeri Johor (SANJ) negeri Johor Darul Ta'zim
Hits :14
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2020
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kompetensi guru Kelas AI-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah  Agama Negeri Johor (SANJ). Model kompetensi bungkah air batu (iceberg competency model) oleh  Spencer dan Spencer digunakan dalam  kajian ini. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang  menggunakan instrumen soal selidik kepada guru KAFA yang terdiri daripada 120 orang guru KAFA di 10  buah Sekolah Agama Negeri Johor yang terpilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara  rawak. Pengumpulan data maklumat diperoleh melalui soal selidik dan analisis secara kuantitatif  Analisis data dalam kajian ini menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t dan ANOVA. Dapatan  kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru KAFA bagi keempat-empat aspek iaitu pengetahuan kurikulum  KAFA iaitu interprestasi tinggi (min=3.78,sp=0.29), pengetahuan pedagogi dalam program KAFA iaitu  interprestasi tinggi (min=3.90,sp=0.53), pelaksanaan penilaian yang dilakukan dalam program KAFA  dengan interprestasi tinggi (min=3.86,sp=0.48) serta profesional kerja dan sosial kerja berada pada  tahap interprestasi tinggi (min=3.84,sp=0.35). Hasil analisis perbezaan kajian melalui ujian-t  menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kompetensi guru KAFA berdasarkan  demografi iaitu jantina t(0.984) = 0.836, p > 0.05, jenis guru KAFA t(0.681) = 0.216, p > 0.05).  Hasil ANOVA terhadap kelulusan akademik F(2.220) = 0.090, p > 0.05, pengalaman mengajar F(0.134) =  0.939, p > 0.05, Iatihan ikhtisas F(l.096) = 0.338, p > 0.05. Kesimpulan kajian ini, menunjukkan  bahawa masih ramai guru KAFA di Sekolah Agama Negeri Johor yang belum mencapai kepada tahap  kompetensi yang sepatutnya dan memerlukan penambahbaikan dalam penguasaan terhadap pengetahuan  kurikulum KAFA, pengetahuan pedagogi dalam program KAFA, pelaksanaan penilaian yang dilakukan dalam  program KAFA serta profesional kerja dan sosial kerja. lmplikasi kajian ini, mendapati bahawa guru  KAFA hari ini memerlukan lagi latihan yang sesuai dalam meningkatkan kompetensi guru KAFA ke tahap  yang lebih baik.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.