|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Sastera kanak-kanak atau dalam bahasa Arabnya Adab al-Atfal merupakan pengucapan indah yang
merangkumi pelbagai bentuk puisi dan prosa sama ada secara lisan mahupun bertulis digubah khusus
untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap cerita-cerita yang
menarik antaranya cerita binatang. Kajian ilmiah ini bertujuan mengetengahkan cerita binatang
Melayu dan Arab. Kajian ini menggunakan metod analisis tinjauan kesusasteraan, temuramah dengan
pakar sastera kanak-kanak di Terengganu dan pembikin filem animasi tempatan, kaedah pemerhatian
di Sekolah Tadika Yayasan Islam Cawangan Chendering, Kuala Terengganu dan perbandingan antara
cerita binatang Melayu dan Arab. Fokus kajian ini lebih menjurus kepada fungsi cerita binatang
Melayu-Arab, keberkesanan fungsi cerita binatang Melayu-Arab dalam memberikan manfaat atau
kesan positif kepada proses pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak dan interpretasi simbol bagi
watak dan nama binatang itu sendiri. Hasil kajian yang diperolehi mendapati cerita-cerita binatang
Melayu-Arab memiliki persamaan dari segi bentuk dan struktur penceritaannya, malahan turut
mempunyai fungsi yang terpenting dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |