Kajian terhadap fungsi cerita binatang melayu-arab dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak
Type
Thesis
Main Author
Farra Humairah Mohd
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Sastera kanak-kanak atau dalam bahasa Arabnya Adab al-Atfal merupakan pengucapan indah yang
merangkumi pelbagai bentuk puisi dan prosa sama ada secara lisan mahupun bertulis digubah khusus
untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap cerita-cerita yang
menarik antaranya cerita binatang. Kajian ilmiah ini bertujuan mengetengahkan cerita binatang
Melayu dan Arab. Kajian ini menggunakan metod analisis tinjauan kesusasteraan, temuramah dengan
pakar sastera kanak-kanak di Terengganu dan pembikin filem animasi tempatan, kaedah pemerhatian
di Sekolah Tadika Yayasan Islam Cawangan Chendering, Kuala Terengganu dan perbandingan antara
cerita binatang Melayu dan Arab. Fokus kajian ini lebih menjurus kepada fungsi cerita binatang
Melayu-Arab, keberkesanan fungsi cerita binatang Melayu-Arab dalam memberikan manfaat atau
kesan positif kepada proses pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak dan interpretasi simbol bagi
watak dan nama binatang itu sendiri. Hasil kajian yang diperolehi mendapati cerita-cerita binatang
Melayu-Arab memiliki persamaan dari segi bentuk dan struktur penceritaannya, malahan turut
mempunyai fungsi yang terpenting dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.