UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian terhadap fungsi cerita binatang melayu-arab dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak

AVAILABLE Thesis 269 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kajian terhadap fungsi cerita binatang melayu-arab dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak
Type
Thesis
Main Author
Farra Humairah Mohd
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Sastera kanak-kanak atau dalam bahasa Arabnya Adab al-Atfal merupakan pengucapan indah yang  merangkumi pelbagai bentuk puisi dan prosa sama ada secara lisan mahupun bertulis digubah khusus  untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap cerita-cerita yang  menarik antaranya cerita binatang. Kajian ilmiah ini bertujuan mengetengahkan  cerita  binatang   Melayu dan Arab. Kajian  ini menggunakan metod analisis tinjauan kesusasteraan, temuramah dengan  pakar sastera kanak-kanak di Terengganu dan pembikin filem animasi tempatan,  kaedah  pemerhatian   di  Sekolah  Tadika  Yayasan  Islam Cawangan Chendering, Kuala Terengganu dan perbandingan antara  cerita binatang Melayu dan Arab. Fokus kajian ini lebih menjurus kepada fungsi cerita  binatang   Melayu-Arab,  keberkesanan  fungsi  cerita  binatang Melayu-Arab dalam memberikan manfaat atau  kesan positif kepada proses pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak dan interpretasi simbol bagi  watak dan nama binatang itu sendiri. Hasil kajian yang diperolehi mendapati cerita-cerita binatang  Melayu-Arab memiliki persamaan dari segi bentuk dan struktur penceritaannya, malahan turut  mempunyai fungsi yang terpenting dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.