|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini adalah bertujuan unruk mengkaji keberkesanan aktiviti pembinaan herbarium dalam pembelajaran
topik Kepelbagaian Tumbuhan bagi mata pelajaran Sains
tingkatan 2. Populasi kajian terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah
Kebangsaan Ringlet Cameron Highlands, negeri Pahang. Seramai 80 orang pelajar sebagai kumpulan
eksperimen yang telah mengikuti aktiviti pembinaan herbarium dan 80 orang pelajar sebagai kumpulan
kawalan yang telah mengikuti pembelajaran kaedah biasa dengan membuat folio bagi topik Kepelbagaian
Tumbuhan telah dipilih secara persampelan bertujuan. Pengkaji telah menyediakan satu set soalan
Ujian Pra yang mengandungi 30 soalan beraneka pilihan bagi pelajar. Kedua-dua kumpulan pelajar
telah menjawab sebelum aktiviti pembelajaran dijalankan. Selepas Ujian Pra diberi. Aktiviti
pembinaan herbarium untuk kumpulan eksperimen dan pembelajaran kaedah biasa untuk kumpulan kawalan
telah ditadbir. Selepas 3 sesi aktiviti pembelajaran, satu set soalan ujian pos yang setara, soalan
ujian daya ingatan dan kefahaman ditadbir. Satu set borang soal selidik pilihan Likert berskala 4
telah diedarkan kepada pelajar untuk dijawab. Soal selidik ini adalah untuk melihat keberkesanan
kaedah pembelajaran dalam meningkatkan minat pelajar terhadap topik Kepelbagaian Tumbuhan. Di
samping itu sesi temu bual berbantukan soalan berstruktur juga telah dijalankan bersama 4 orang
pelajar setiap kumpulan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai keberkesanan aktiviti
pembelajaran. Data yang diperolehi telah dianalisa secara diskriptif dan statistik dengan
menggunakan program SPSS. Perbandingan min dan ujian-t telah digunakan untuk menilai daya ingatan,
tahap kefahaman, minat serta pencapaian dalam topik Kepelbagaian Tumbuhan di antara dua kumpulan.
Ujian korelasi digunakan unruk melihat hubungan antara kaedah pembelajaran dengan daya ingatan,
tahap kefahaman, minat dan seterusnya dengan pencapaian. Ujian regresi pula digunakan unruk melihat
kekuatan faktor daya ingatan, tahap kefahaman, minat dengan pencapaian dalam topik
Kepelbagaian Tumbuhan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya
ingatan, tahap kefahaman, minat dan ujian pos. Dapatan kajian juga menunjukkan min pencapaian
pelajar yang mengikuti kaedah pembinaan herbarium adalah lebih baik dalam aspek daya ingatan
(8.46), tahap kefahaman (8.54), minat (37.06) dan ujian pos (74.56). Pencapaian pelajar yang
membuat folio adalah lebih rendah dalam min daya ingatan (3.71), tahap kefahaman (4.18), minat
(12.21) dan ujian pos (53.23). Kajian juga menunjukkan kaedah pembelajaran mempunyai hubungan
positif dengan daya ingatan (r=.706), tahap kefahaman (r=.647), minat (r=.999) dan pencapaian
pelajar (r=.620). Faktor daya ingatan (r=.745), kefahaman (r=.813) dan minat (r=.628) juga
mempunyai korelasi positif terhadap pencapaian. Kefahaman pula merupakan faktor yang
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian (J3=.549). Kesimpulannya kaedah pembinaan
herbarium berkesan dalam meningkatkan daya ingatan, kefahaman, minat serta pencapaian pelajar
dalam topik Kepelbagaian Tumbuhan. Justeru itu kaedah pembinaan herbarium wajar dijadikan sebagai
kaedah alternatif dalam pembelajaran topik Kepelbagaian Tumbuhan.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |