UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan herbarium - kaedah alternatif dalam pembelajaran topik kepelbagaian tumbuhan sains tingkatan 2

AVAILABLE Thesis 224 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan herbarium - kaedah alternatif dalam pembelajaran topik kepelbagaian tumbuhan sains tingkatan 2
Type
Thesis
Main Author
Kannan Rajagopal
Subject
QK Botany
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan unruk mengkaji keberkesanan aktiviti pembinaan herbarium dalam pembelajaran  topik Kepelbagaian Tumbuhan bagi mata pelajaran Sains tingkatan 2. Populasi kajian terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah  Kebangsaan Ringlet Cameron Highlands, negeri Pahang. Seramai 80 orang pelajar sebagai kumpulan  eksperimen yang telah mengikuti aktiviti pembinaan herbarium dan 80 orang pelajar sebagai kumpulan  kawalan yang telah mengikuti pembelajaran kaedah biasa dengan membuat folio bagi topik Kepelbagaian  Tumbuhan telah dipilih secara persampelan bertujuan. Pengkaji telah menyediakan satu set soalan  Ujian Pra yang mengandungi 30 soalan beraneka pilihan bagi pelajar. Kedua-dua kumpulan pelajar  telah menjawab sebelum aktiviti pembelajaran dijalankan. Selepas Ujian Pra diberi. Aktiviti  pembinaan herbarium untuk kumpulan eksperimen dan pembelajaran kaedah biasa untuk kumpulan kawalan  telah ditadbir. Selepas 3 sesi aktiviti pembelajaran, satu set soalan ujian pos yang setara, soalan  ujian daya ingatan dan kefahaman ditadbir. Satu set borang soal selidik pilihan Likert berskala 4  telah diedarkan kepada pelajar untuk dijawab. Soal selidik ini adalah untuk melihat keberkesanan  kaedah pembelajaran dalam meningkatkan minat pelajar terhadap topik Kepelbagaian Tumbuhan. Di  samping itu sesi temu bual berbantukan soalan berstruktur juga telah dijalankan bersama 4 orang  pelajar setiap kumpulan  untuk mendapatkan  maklumat  tambahan mengenai keberkesanan  aktiviti  pembelajaran. Data yang diperolehi telah dianalisa secara diskriptif dan statistik dengan  menggunakan program SPSS. Perbandingan min dan ujian-t telah digunakan untuk menilai daya ingatan,  tahap kefahaman, minat serta pencapaian dalam topik Kepelbagaian Tumbuhan di antara dua kumpulan.  Ujian korelasi digunakan unruk  melihat hubungan antara kaedah pembelajaran dengan daya ingatan,  tahap kefahaman, minat dan seterusnya dengan pencapaian. Ujian regresi pula digunakan unruk melihat  kekuatan faktor daya ingatan,  tahap  kefahaman,  minat  dengan  pencapaian  dalam  topik   Kepelbagaian Tumbuhan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya  ingatan, tahap kefahaman, minat dan ujian pos. Dapatan kajian juga menunjukkan min pencapaian  pelajar yang mengikuti kaedah pembinaan herbarium adalah lebih baik dalam aspek daya ingatan  (8.46), tahap kefahaman (8.54), minat (37.06) dan ujian pos (74.56). Pencapaian pelajar yang  membuat folio adalah lebih rendah dalam min daya ingatan (3.71), tahap kefahaman (4.18), minat  (12.21) dan ujian pos (53.23). Kajian juga menunjukkan kaedah pembelajaran mempunyai hubungan  positif dengan daya ingatan (r=.706), tahap kefahaman (r=.647), minat (r=.999) dan pencapaian  pelajar (r=.620). Faktor daya ingatan (r=.745), kefahaman (r=.813) dan minat (r=.628) juga  mempunyai korelasi  positif  terhadap  pencapaian.  Kefahaman  pula  merupakan  faktor  yang  mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian (J3=.549). Kesimpulannya kaedah pembinaan  herbarium berkesan dalam meningkatkan daya ingatan, kefahaman, minat serta pencapaian  pelajar  dalam topik Kepelbagaian Tumbuhan. Justeru itu kaedah pembinaan herbarium wajar dijadikan sebagai   kaedah alternatif dalam  pembelajaran topik Kepelbagaian Tumbuhan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.