Peranan pendidikan informal terhadap kelangsungan reka bentuk barang kemas yang dihasilkan oleh Hassan Mohamad
Type
Thesis
Main Author
Hazlinaz Hanapi
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of publication
2020
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan pendidikan informal terhadap kelangsungan
reka bentuk barang kemas oleh tukang emas tersohor Hassan Mohamad. Kajian ini juga dijalankan untuk
menganalisis implikasi pendidikan informal beliau yang dipelajari secara turun-temurun terhadap
reka bentuk barang kemas yang dihasilkannya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes di
Kota Bharu, Kelantan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian iaitu Hassan Mohamad
adalah berdasarkan kepada pengalaman, kemahiran, kehalusan kerja tangan (workmanship) dan legasi
beliau dalam pertukangan barang kemas yang sukar ditandingi oleh tukang emas yang lain. Tiga jenis
instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Data
kualitatif daripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen telah dianalisis secara tematik.
Tema utama yang timbul daripada temu bual adalah pendidikan informal secara turun-menurun harus
dikekalkan kerana ia dapat meningkatkan keupayaan kendiri yang tinggi dan personaliti kreatif yang
terbukti melalui barangan kemas yang dihasilkan. Melalui pemerhatian, tukang emas Hassan Mohamad
didapati sangat teliti dalam menghasilkan barang kemas dan ini menunjukkan kehalusan kerja tangan
beliau (workmanship). Terna yang muncul daripada pemerhatian juga menunjukkan beliau mempunyai
ramai pelanggan tetap dan ini menggambarkan kepercayaan pelanggan terhadap barang kemas yang beliau
hasilkan. Analisis dokumen melalui visual dan keratan akhbar juga mencerminkan personaliti beliau
yang tenang dan merendah diri juga menjadi tarikan kepada masyarakat sekeliling. Ini menunjukkan
pendidikan informal beliau melalui kelangsungan ilmu secara turun menurun telah mempengaruhi reka
bentuk barang kemas yang dihasilkan. Kesimpulannya, pendidikan informal dan persekitaran telah
mempengaruhi pemikiran Hassan Mohamad dari aspek mutu kerja (workmanship}, personaliti dan
kepercayaan (trust) orang ramai terhadap barang kemas yang dihasilkan. Implikasi kajian menunjukkan
pendidikan informal yang dipelajari oleh tukang emas secara turun menurun masih relevan dalam
industri kecil yang menghasilkan barang kemas dan pendidikan ini dapat mencorak pemikiran dan
personaliti tukang emas untuk memastikan kelangsungan reka bentuk barang kemas
yang unik dari aspek astetik serta kreativiti.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.