|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan membina manual pengajaran tajuk gelombang bunyi menggunakan perisian
Visual Analyzer (VA) dan menilainya berdasarkan persepsi pakar dan guru. Manual ini dibina bagi
memperkenalkan kepada guru tentang bagaimana perisian VA dapat digunakan dalam aktiviti
pembelajaran inkuiri tajuk gelombang bunyi. VA dipilih kerana ia berupaya menganalisis gelombang
bunyi yang merupakan konsep abstrak kepada pelajar. Di samping itu, VA mudah diperoleh dan boleh
diadaptasi kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi Fizik. Manual ini dibina berdasarkan
model ASSURE dan dinilai berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk
dan persembahan serta kesesuaian manual untuk digunakan sebagai sumber rujukan guru. Skala Likert
empat poin digunakan dalam borang penilaian manual. Responden kajian terdiri daripada empat orang
pakar dalam bidang fizik serta mempunyai pengetahuan tentang VA dan 30 orang guru di beberapa buah
sekolah di sekitar daerah Taiping. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16.
Dapatan kajian menunjukkan pakar dan guru memberikan penilaian yang positif terhadap manual dengan
nilai min melebihi 3.00 bagi hampir semua aspek dalam objektif, isi kandungan, reka bentuk,
persembahan dan kesesuaian sebagai sumber rujukan guru. Dapatan ini menunjukkan bahawa manual ini
dapat digunakan sebagai bahan rujukan guru dan berpotensi untuk digunakan sebagai bahan latihan
bagi latihan dalam perkhidmatan guru.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |