UPSI Digital Repository (UDRep)

Membina dan menilai manual pengajaran tajuk gelombang bunyi menggunakan perisian visual analyser

AVAILABLE Thesis 205 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Membina dan menilai manual pengajaran tajuk gelombang bunyi menggunakan perisian visual analyser
Type
Thesis
Main Author
Sharifah Norzilah Syed Fadzil
Subject
QC Physics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian  ini  bertujuan  membina  manual  pengajaran  tajuk  gelombang  bunyi menggunakan perisian  Visual Analyzer (VA) dan menilainya berdasarkan persepsi pakar dan guru. Manual ini dibina bagi  memperkenalkan kepada guru tentang bagaimana perisian VA dapat digunakan dalam aktiviti  pembelajaran inkuiri tajuk gelombang bunyi. VA dipilih kerana ia berupaya menganalisis gelombang  bunyi yang merupakan konsep abstrak kepada pelajar. Di samping itu, VA mudah diperoleh dan boleh  diadaptasi kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bagi Fizik. Manual ini dibina berdasarkan  model ASSURE dan dinilai berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk  dan persembahan serta kesesuaian manual untuk digunakan sebagai sumber rujukan guru. Skala Likert  empat poin digunakan dalam borang penilaian manual. Responden kajian terdiri daripada empat orang  pakar dalam bidang fizik serta mempunyai pengetahuan tentang VA dan 30 orang guru di beberapa  buah  sekolah di sekitar daerah Taiping. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16.  Dapatan kajian menunjukkan pakar dan guru memberikan penilaian yang positif terhadap manual dengan  nilai min melebihi 3.00 bagi hampir semua aspek dalam objektif, isi kandungan, reka bentuk,  persembahan dan kesesuaian sebagai sumber rujukan guru. Dapatan ini menunjukkan bahawa manual ini  dapat digunakan sebagai bahan rujukan guru dan berpotensi untuk digunakan sebagai bahan latihan  bagi latihan dalam perkhidmatan guru.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.