Satu kajian eksperimen - Penerapan kaedah Kodaly dan Orff dalam pembelajaran violin pelajar tingkatan satu di Ipoh, Perak
Type
Thesis
Main Author
Christine Augustine
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tujuan kajian eksperimental ini adalah untuk menentukan keberkesanan kaedah Orff dan Kodaly bagi
meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep muzik seperti ritma dan pie menggunakan violin.
28 pelajar Tingkatan Satu didedahkan pada dua jenis kaedah pengajaran yang berbeza yang dijalankan
selama 10 minggu. Pelajar kumpulan eksperimental diterapkan dengan kaedah Orff dan Kodaly
dengan menggunakan notasi ikon, pertuturan dan pergerakan badan manakala kumpulan dikawal
diterapkan dengan kaedah tradisional iaitu notasi biasa dimana kedua-duanya menggunakan pantun
kanak-kanak dan lagu rakyat tempatan sebagai repertoire. Soal selidik berkenaan minat dan
persepsi pelajar diberi pada permulaan dan penghujung minggu kajian. Pengkaji menggunakan
Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan hasil sampel bebas ujian-t
untuk setiap kumpulan. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kedua-dua kumpulan pada ujian pra, p>0.05 (p=0.571), sementara pada ujian pasca pula, terdapat
perbezaan yang signifikan, p0.05 (p=0.024). Pada keseluruhannya, terbukti kaedah Orff dan Kodaly yang
diaplikasikan di dalam pembelajaran muzik violin adalah lebih berkesan daripada kaedah Tradisional.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.