Kemahiran mendengar pelajar melayu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mandarin - satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Tan, Lee Na
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini merupakan suatu kajian kes untuk meneliti empat isu penting berkaitan
keupayaan kemahiran mendengar pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin. khasnya dalam
aspek fonetik hahasa Mandarin atau dikenali sebagai Hanyu Pinyin (HP).lsu pertama
berkaitan dengan menganalisis keupayaan pelajar mentranskripsikan dan membezakan
komponen utama HP. Kedua mengkaji kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam
aspek kemahiran pendengaran. Ketiga mengenalpasti punca-punca kesilapan yang berlaku
dalam proses mentranskripsikan suku kata awal, suku kata akhir dan nada dalam HP. lsu terakhir
pula mencadangkan alternatif penyelesaian masalah kesilapan mendengar yang dilakukan oleh
pelajar. Ujian dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan penentuan subjek kajian
adalah mengikut jadual penentuan saiz sample Krejcie dan Morgan 1970. Subjek kajian terdiri
daripada 40 orang pelajar Melayu yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin Komunikasi 1 di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah
deskriptif dengan bantuan SPSS 12.0. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar
berkeupayaan tinggi dalam mentranskripsikan dan membezakan HP dalam aspek kemahiran mendengar
di mana 80% dalam kalangan subjek kajian mencapai keputusan yang cemerlang. Selain itu bunyi
lelangit dalam komponen suku kata awal, vokal sengau dalam komponen suku kata akhir dan nada
kedua dalam komponen nada masing-masing telah mencatat bilangan kesilapan yang paling
tinggi. Punca utama yang menyebabkan berlakunya kesilapan adalah disebabkan masa ulangkaji yang
kurang dan seterusnya menyebabkan subjek kajian berasa keliru dalam pembelajaran bahasa Mandarin.
Justeru itu beberapa langkah pemulihan telah dicadangkan dalam kajian ini untuk membantu mengatasi
masalah-masalah yang menyekat kemajuan pelajar dalam pembelajaran bahasa Mandarin khasnya
dalam aspek HP.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.