|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan mana-mana hal yang ada hubung kaitnya dengan aspek analisis muzik daripada gondang burogong. Di antaranya iaitu menjelaskan bentuk muzik, bentuk melodi, bentuk harmoni, bentuk ritma, two voice counterpoint, dan hal lainnya. Namun dalam pada itu, dijelaskan pula perihal yang berkaitan dengan aspek organologi daripada instrumen yang digunapakai dalam gondang burogong tersebut. Selain itu pula, dihuraikan juga berkaitan dengan makna simbolik daripada gondang burogong sama ada dalam masyarakat Melayu Pasir Pengaraian khasnya, mahupun dalam masyarakat Rokan Hulu amnya. Adapun teori yang digunakan untuk perbahasan yang berkaitan dengan perkara konteks muzikal dalam penyelidikan ini iaitu sepertimana yang dinyatakan oleh Alan P. Merriam, John E. Kaemmer, dan Geertz. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan teori muzikologi, etnomuzikologi, dan fenomenologi di dalam mendapatkan mahupun menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan, bahawa terdapat pelbagai keunikan dari aspek muzik dalam karya Senayong yang menjadi sampel penyelidikan ini. Di antara keunikan tersebut iaitu pentingnya pola permainan interlocking dan ostinato dalam memainkan karya gondang burogong yang masih dalam bentuk aslinya. Dua hal ini telah berperanan untuk menjaga keutuhan dari setiap karya gondang burogong dalam pelbagai fungsinya. Sama ada fungsinya sebagai hiburan, mahupun penyokong kegiatan seni budaya lainnya. Sedangkan berkaitan dengan makna simbolik, gondang burogong telah menjadi identiti bagi masyarakat Melayu Rokan Hulu di manapun mereka berada. Perihal ini boleh dilihat bilamana mereka melaksanakan pelbagai kegiatan seni budaya, utama sekali pada kenduri perkahwinan. Dengan demikian dapatlah disimpulkan, bahawa keberadaan gondang burogong telah memberikan kontribusi yang nyata bagi masyarakat pemiliknya. Oleh itu, mestilah dipelihara dan dilestarikan agar pelbagai keunikan serta makna yang terkandung di dalamnya tidak hilang ditelan zaman. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |