UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :NB Sculpture
Main Author :Muhammad Safwan Mohd Sharif
Title :Penggunaan tanah liat alternatif dalam pembentukan kreativiti artistik beraskan model praktis studio seramik
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kebolehkerjaan penggunaan Model Praktis Studio Seramik (MPSS) terhadap 15 peserta secara khusus. Penelitian bagi mengenal pasti aspek- aspek proses kreatif terhadap faktor pendorong atau penghalang kesesuaian MPSS ini dijalankan selama 14 minggu. Selain itu, pencerapan dan pemantauan peserta kajian adalah menerusi pemerhatian berdasarkan matriks kreativiti artistik, fenomenologi terhadap pembentukan kreatif, pengalaman estetik dan fenomena kreativiti oleh pelajar seni yangdirekodkan. Kajian ini dijalankan berdasar pendekatan eksperimental yang menggunakan kaedah eksperimentasi bagi menguji kadar keplastikan dan menganalisis kadar kebolehgunaantanah liat alternatif (TLA) dalam pembentukan kreativiti pelajar seni. Teori Edmund Bruke Feldman digunakan sebagai sandaran untuk mendapatkan dapatan kajian berdasarkan tiga skop utama iaitu psikonanalisis, humanistik dan konstruktivisme. Selain itu, terdapat lima fasa dalam MPSS iaitu penerokaan, praktis, aplikasi, teknik dan produk. Sementara itu, sampel TLA diperoleh dari kawasan tempat tinggal peserta kajian, iaitu sungai, tasik, parit, paya dan sawahpadi. Prosedur penghasilan TLA merangkumi proses mengenal pasti lokasi, menggali, menguji, mengambil, merendam, mengasing bendasing, menapis, menyejat dan menguli. Selanjutnya tiga teknik asas seramik diaplikasikan dalam penghasilan karya seni kraf kreatif dengan mengadaptasikan idea artis dan karya sebagai olahan dan perkembangan idea dalam menghasilkan reka bentuk yang kreatif. Dapatan soal selidik secara berstruktur menunjukkan penggunaan TLA menerusi MPSS berjaya dilaksanakan dan pembuktian menerusi portfolio serta perakaman pendokumentasian aplikasi MPSS dalam proses pembentukan kreativiti.Sebanyak 98% peserta kajian berjaya membuat pembakaran tradisional menggunakan teknik salai atau para dengan suhu pembakaran antara 4500c - 5000c. Sebanyak 2% peserta menghadapi masalah pematuhan teknikal semasa pembakaran dijalankan. Kesimpulannya, MPSS berpotensi dipraktiskan sebagai satu model untuk rujukan bagi penghasilan TLA dalam pembentukan kreativiti artistik bagi penghasilan karya. Sebanyak 15 karya seni peserta kajian menunjukkan nilai kreativiti yang tinggi daripada aspek bentuk, ragam hias dan utiliti dengan penguasaan teknik penghasilan objek seni tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.