|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penguasaan Kemahiran al-Quran pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kota Bharu dari sudut bacaan, hafazan dan penguasaan dalam ilmu tajwid dan ilmu al-Quran. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu beradasarkan pemerhatian daripada rakaman yang dibuat manakala kaedah kauntitatif bagi mengumpul data melalui instrumen yang digunakan iaitu set soal selidik dan soalan ujian bagi mengukur tahap kemahiran al-Quran murid. Sampel kajian ini adalah melibatkan seramai 108 orang murid yang telah mengambil subjek Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) dari beberapa buah sekolah di daerah Kota Bharu. Data dianalisis secara deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, dan min dan data inferensi bertujuan untuk melihat sejauh mana perbezaan kemahiran yang diperoleh berdasarkan demografi responden dari sudut jantina dan kekerapan membaca al-Quran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai interpretasi min bagi kemahiran al-Quran dari sudut pengetahuan tajwid berada pada tahap yang tinggi iaitu (min=4.28, sisihan piawai=0.66). Manakala nilai interpretasi min secara keseluruhan bagi kemahiran al-Quran berada pada tahap yang sederhana tinggi (min=3.28, sisihan piawai=0.34). Seterusnya, dapatan bagi analisis perbezaan antara tahap kemahiran al-Quran dengan jantina responden menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara kedua-duanya, manakala bagi kekerapan membaca al-Quran responden menunjukkan wujud perbezaan signifikan. Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa tahap kemahiran murid berada pada tahap yang kurang memuaskan walaupun murid mengetahui tajwid namun tidak dipraktikkan. Oleh itu, ia memerlukan sokongan dan perancangan yang rapi daripada pendidik dan para pelajar. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi input dan nilai tambah kepada semua guru Pendidikan Islam di sekolah untuk memperbaiki kemahiran al-Quran dari sudut bacaan, hafazan al-Quran, pengetahuan tajwid dan ulum al-Quran. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |