UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :HT Communities. Classes. Races
Main Author :Tan Tien Chee
Title :Hubungan etnik dan kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Dasar pecah dan perintah mewujudkan polarisasi etnik yang menjejaskan hubungan etnik dan kesepaduan sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pola hubungan etnik dan pola kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar di UPSI yang merangkumi tiga etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah penyelidikan kaedah kuantitatif menerusi kajian tinjauan. Instrumen soal selidik telah dipilih dan data yang diperoleh dinalisis secara deskriptif menggunakan SPSS Versi 24. Responden kajian ini adalah seramai 491 orang mahasiswa UPSI yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan dua instrumen utama iaitu batas etnik dan hubungan rentas sosial bagi memahami hubungan etnik yang diselaraskan dengan kesepaduan sosial. Data yang diperoleh menunjukkan pola hubungan etnik adalah baik untuk kesemua etnik yang dikaji terutamanya dalam dimensi kepentingan peribadi berbentuk material dan kepentingan peribadi berbentuk tuntutan sosial. Namun begitu, dapatan kajian juga menunjukkan batas etnik adalah tebal dalam kepentingan peribadi berbentuk status sosial. Hubungan rentas sosial terbina dengan kukuh dalam peringkat peribadi, komuniti dan institusi. Walaupun ciri keahlian organisasi adalah bersifat multietnik, tetapi kajian ini menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti anjuran universiti adalah rendah. Selain itu, pola kesepaduan sosial juga turut wujud dengan kukuh dalam kalangan pelajar. Kesepaduan sosial yang kuat wujud dalam dimensi kekitaan, keterangkuman, pengiktirafan dan kesaksamaan. Kesepaduan sosial dalam dimensi legitimasi berbentuk sederhana manakala rapuh dalam dimensi penyertaan. Tambahan pula, terdapat hubungan signifikan antara etnik dengan kesepaduan sosial. Hubungan ini lebih kuat dalam dimensi kekitaan dan pengiktirafan. Hubungan sederhana pula dikesan dalam dimensi keterangkuman, penyertaan dan legitimasi manakala hubungan yang longgar dilihat dalam dimensi kesaksamaan. Hipotesis kajian turut dapat dibuktikan iaitu batas etnik yang nipis antara etnik dapat mewujudkan kesepaduan sosial yang utuh. Implikasi kajian menunjukkan keadaan hubungan etnik yang baik dapat memupuk kesepaduan sosial seterusnya mengukuhkan pembinaan negara bangsa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.