UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Farah Hazwani Abu Bakar
Title :Pembangunan modul 5E-Flipped bagi topik momentum, impuls dan daya impuls,kebolehgunaan serta kesedian penggunaanya dalam kalangan guru fizik
Hits :14
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul 5E-Flipped serta mengkaji kebolehgunaan dan kesediaan penggunaannya dalam kalangan guru Fizik. Selain itu, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kesediaan penggunaan modul 5E-Flipped dengan jantina serta lokasi sekolah responden mengajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan berdasarkan model ADDIE. Instrumen soal selidik kesahan modul, kebolehgunaan dan kesediaan penggunaan modul digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi mencapai objektif kajian ini. Seramai 86 orang guru Fizik di empat daerah di Kedah iaitu daerah Kuala Muda Yan, Kota Setar, Pendang, dan Kubang Pasu dipilih sebagai responden bagi kajian ini dengan menggunakan teknik pensampelan mudah. Analisis deskriptif digunakan bagi menentukan tahap kesahan, kebolehgunaan serta kesediaan penggunaan modul 5EFlipped. Hasil analisis data deskriptif menunjukkan bahawa modul 5E-Flipped mempunyai peratus pencapaian kesahan yang tinggi 97.8%. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan turut mempunyai tahap kebolehgunaan dan kesediaan penggunaan yang tinggi dalam kalangan guru Fizik. Nilai min yang diperoleh bagi analis kebolehgunaan modul 5E-Flipped ialah 4.36 dan sisihan piawai, SP=0.58. Kesediaan penggunaannya modul mencatatkan nilai min 4.34 dengan sisihan piawai, SP=0.62. Ujian T yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam tahap kesediaan penggunaan modul 5E-Flipped yang signifikan dalam kalangan guru Fizik tingkatan empat merentas jantina serta lokasi guru bertugas. Kesimpulannya, modul 5E-Flipped adalah sebuah modul yang berkualiti serta diterima baik dalam kalangan semua guru Fizik serta boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sumbangan dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu guru melaksanakan PdP dengan menggunakan kaedah flipped classroom berpandukan langkah model inkuiri 5E. Kajian yang lebih komprehensif dengan melibatkan pengujian keberkesanan modul ini dicadangkan untuk diperkembangkan lagi kajian pada masa depan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.