|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Gaya pembelajaran rangsangan sosial merupakan cara murid mengamalkan kaedah pembelajaran sama ada belajar secara bersendirian, belajar secara berpasangan, belajar secara berkumpulan atau belajar dengan bantuan golongan dewasa agar dapat membantu murid meningkatkan penguasaan bahasa Arab serta pencapaian akademik mereka. Namun demikian, terdapat beberapa cabaran untuk menguasai bahasa Arab dan meningkatkan pencapaian akademik seperti tidak dapat memahami kandungan buku teks berbahasa Arab dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran rangsangan sosial yang menjadi amalan pembelajaran murid KBD di SABK negeri Perak berdasarkan personaliti murid. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada seramai 307 responden yang terdiri daripada murid tingkatan empat yang sedang mengikuti KBD di SABK negeri Perak. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mengamalkan gaya pembelajaran bersama rakan karib dan mereka mempunyai personaliti ekstrovert serta mempunyai kemahiran bahasa Arab yang sederhana. Analisis korelasi yang dijalankan pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan sosial melalui pembelajaran berbantukan golongan dewasa dengan penguasaan bahasa Arab (r = 0.420, p< 0.00). Terdapat perbezaan yang signifikan iaitu t = -4.247, p < 0.00 antara murid ekstrovert dan murid introvert berdasarkan gaya pembelajaran yang diamalkan. Ujian t yang dijalankan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan gaya pembelajaran murid lelaki dan perempuan dengan nilai t = 0.368, p=0.71. Analisis regresi pula menunjukkan terdapat pengaruh gaya pembelajaran rangsangan sosial terhadap pencapaian akademik murid (_=0.112, p>0.05) Kesimpulannya, gaya pembelajaran rangsangan sosial yang diamalkan oleh murid dapat memberi kesan terhadap penguasaan isi kandungan pembelajaran, penguasaan terhadap kemahiran bahasa Arab dan dapat membawa kepada peningkatan prestasi akademik murid. Implikasi kajian ini menunjukkan aspek gaya pembelajaran murid perlu ditekankan untuk menjadikan pembelajaran murid bermakna dan berkesan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |