UPSI Digital Repository (UDRep)

Gaya pembelajaran rangsangan sosial pelajar Sekolah Agama bantuan kerajaan (SABK) terhadap mata pelajaran kurikulum bersepadu dini (KBD)

AVAILABLE Thesis 432 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Gaya pembelajaran rangsangan sosial pelajar Sekolah Agama bantuan kerajaan (SABK) terhadap mata pelajaran kurikulum bersepadu dini (KBD)
Type
Thesis
Main Author
Mohd Azlan Ideris
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Gaya pembelajaran rangsangan sosial merupakan cara murid mengamalkan kaedah pembelajaran sama ada belajar secara bersendirian, belajar secara berpasangan, belajar secara berkumpulan atau belajar dengan bantuan golongan dewasa agar dapat membantu murid meningkatkan penguasaan bahasa Arab serta pencapaian akademik mereka. Namun demikian, terdapat beberapa cabaran untuk menguasai bahasa Arab dan meningkatkan pencapaian akademik seperti tidak dapat memahami kandungan buku teks berbahasa Arab dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran rangsangan sosial yang menjadi amalan pembelajaran murid KBD di SABK negeri Perak berdasarkan personaliti murid. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada seramai 307 responden yang terdiri daripada murid tingkatan empat yang sedang mengikuti KBD di SABK negeri Perak. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mengamalkan gaya pembelajaran bersama rakan karib dan mereka mempunyai personaliti ekstrovert serta mempunyai kemahiran bahasa Arab yang sederhana. Analisis korelasi yang dijalankan pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan sosial melalui pembelajaran berbantukan golongan dewasa dengan penguasaan bahasa Arab (r = 0.420, p< 0.00). Terdapat perbezaan yang signifikan iaitu t = -4.247, p < 0.00 antara murid ekstrovert dan murid introvert berdasarkan gaya pembelajaran yang diamalkan. Ujian t yang dijalankan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan gaya pembelajaran murid lelaki dan perempuan dengan nilai t = 0.368, p=0.71. Analisis regresi pula menunjukkan terdapat pengaruh gaya pembelajaran rangsangan sosial terhadap pencapaian akademik murid (_=0.112, p>0.05) Kesimpulannya, gaya pembelajaran rangsangan sosial yang diamalkan oleh murid dapat memberi kesan terhadap penguasaan isi kandungan pembelajaran, penguasaan terhadap kemahiran bahasa Arab dan dapat membawa kepada peningkatan prestasi akademik murid. Implikasi kajian ini menunjukkan aspek gaya pembelajaran murid perlu ditekankan untuk menjadikan pembelajaran murid bermakna dan berkesan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.