UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis hadis-hadis marfu yang Mu Allah berkaitan Mu amalat Maliah dalam Al-Sunan Al-Arabah

AVAILABLE Thesis 171 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis hadis-hadis marfu yang Mu Allah berkaitan Mu amalat Maliah dalam Al-Sunan Al-Arabah
Type
Thesis
Main Author
Muhamad Zulfadhli Mohd Razi
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Hadis mu_allah merupakan hadis yang mengandungi _illah atau kecacatan tersembunyi padanya dan berlaku pada riwayat-riwayat perawi yang thiqah. Oleh itu, ia hanya dapat diketahui oleh nuqqad hadis sahaja. Terdapat 13 Bentuk-bentuk hadis mu_allah juga dikenal pasti terdapat dalam hadis marfu_ dalam Al-Sunan Al-Arba_ah khususnya Mu_amalat Maliah. Kajian mendapati bahawa sebahagian muhaqqiq hadis kontemporari tidak menitikberatkan soal pengaplikasian ilmu _ilal hadis ketika melakukan kajian terhadap sesebuah hadis. Oleh kerana itu, terdapat hadis-hadis mu_allah yang dinilai sahih atau hasan oleh mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis status hadis-hadis mu_allah berkaitan Mu_amalat Maliah yang terdapat dalam Al-Sunan Al-Arba_ah. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti terdapat lapan faktor-faktor penulis Al-Sunan Al-Arba_ah memasukkan hadis mu'allah dalam kitab Sunan mereka. Kajian ini menggunakan metodologi pengumpulan dan menganalisis data. Kajian ini menfokuskan kepada 32 hadis Mu_amalat Maliah untuk dianalisis sudut _ilal yang terdapat di dalamnya. Data yang diperolehi akan dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan metode deskriptif, induktif, deduktif, dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor penyebab sebahagian muhaqqiq menilai sahih atau hasan hadis yang mua_llah, iaitu tidak mengaplikasikan kaedah _ilal hadis sepenuhnya, pentarjihan yang tidak tepat, kurang ketelitian terhadap status hadis yang dijadikan shawahid, kajian yang tidak mendalam terhadap perawi hadis, dan memilih kaedah yang shaz dalam menilai hadis. Selain itu, penulis Al-Sunan Al-Arba_ah juga mempunyai metodologi sendiri dalam berinteraksi dengan hadis-hadis mu_allah. Mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri yang mendorong mereka memasukkan hadis-hadis mu_allah. Impikasi kajian ini bakal mencetuskan kepada kajian _ilal hadis dalam bab-bab fiqh yang lain seperti Al-Ibadat dan Al-Munakahat, juga dalam bab yang tidak berkait dengan fiqh seperti Al-Azkar dan Al-_Aqa_id.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.