UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah di Bawah Yayasan Sabah 1966-2000

AVAILABLE Thesis 467 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah di Bawah Yayasan Sabah 1966-2000
Type
Thesis
Main Author
Umi Saidatul Arryennah Madsah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tesis ini tentang pembangunan pendidikan negeri Sabah di bawah Yayasan Sabah tahun 1966 hingga tahun 2000. Yayasan Sabah menggerakkan pendidikan di negeri Sabah dengan melibatkan program komprehensif iaitu biasiswa, bantuan kewangan, dan geran dalam bantuan. Pembangunan pendidikan di bawah Yayasan Sabah mendapat cabaran dari aspek perluasan jaringan pendidikan kerana kepelbagaian kaum di Sabah. Hal ini ditambah lagi dengan faktor geografi di Sabah yang terlalu luas sehingga aspek menyebarluaskan pendidikan di Sabah agak sukar. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu menekankan analisis dokumen dan manuskrip. Antara sumber primer yang digunakan dalam kajian ini termasuklah failfail nota taklimat Yayasan Sabah, enakmen, minit mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sabah, dan laporan tahunan Yayasan Sabah. Temu bual juga dijalankan melibatkan tokoh-tokoh penting yang pernah berkhidmat dengan Yayasan Sabah. Tokoh penting tersebut iaitu mantan Ketua Menteri Sabah, mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan alumni Yayasan Sabah. Dapatan kajian menunjukkan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui dua peringkat perkembangan sehingga termaktub di dalam Enakmen No. 8 tahun 1966. Antara sumbangan Yayasan Sabah termasuklah pemberian biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan penggalakan institusi pendidikan di negeri Sabah. Segala usaha penyebaran pendidikan dapat dilaksanakan dengan mudah kerana Yayasan Sabah dapat memberi fokus dengan kawasan di negeri Sabah. Secara kesimpulannya, tesis ini menunjukkan Yayasan Sabah telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan pendidikan anak-anak negeri Sabah. Implikasi tesis ini Yayasan Sabah dapat memberikan panduan kepada pembuat dasar dalam menambah baik operasi dan pelaksanaan organisasi dalam Yayasan Sabah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.