UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Kasthuri Deviangamuthu
Title :Pembangunan modul pembelajaran beraskan permainan dengan penerapan pemikiran koputasi bagi tajuk pecahan sekolah rendah
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyelidikan ini bertujuan membangun dan menilai keberkesanan modul pembelajaran berasaskan permainan dengan penerapan pemikiran komputasi (PPK) bagi topik pecahan sekolah rendah. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk penyelidikan pembangunan berdasarkan model Plomp yang mengandungi lima fasa, iaitu (i) penyelidikan awal, (ii) perancangan, (iii) realisasi dan kesahan modul, (iv) penilaian kepraktikalan dan keberkesanan dan (v) pelaksanaan. Komponen modul terdiri daripada buku modul, lembaran kerja murid dan rancangan pembelajaran. Penilaian modul PPK melibatkan ujian kesahan, kebolehpercayaan, kepraktikalan dan keberkesanan. Sampel kajian terdiri daripada keseluruhan 120 murid dari dua buah sekolah di negeri Johor, dipilih menggunakan teknik persampelan kelompok pelbagai peringkat. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa modul PPK yang dibina memenuhi syarat kesahan berdasarkan penilaian oleh tiga orang pensyarah matematik dan tiga orang pakar pendidikan matematik dengan nilai indeks kesahan kandungan kesemua item melebihi 0.80. Modul PPK juga memenuhi syarat kebolehpercayaan dengan nilai pekali kebolehpercayaan indeks persetujuan kesemua item melebihi 0.80. Dapatan penyelidikan juga menunjukkan bahawa modul PPK adalah praktikal digunakan berdasarkan penilaian oleh enam orang pakar. Begitu juga modul PPK berkesan dalam meningkatkan prestasi dan minat murid jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran konvensional. Ini dibuktikan dengan terdapatnya perbezaan yang signifikan (t=-16.428, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.