UPSI Digital Repository (UDRep)

Indikator pemikiran kritis dalam pengajarn Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan di Betong Sarawak

AVAILABLE Thesis 210 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Indikator pemikiran kritis dalam pengajarn Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan di Betong Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Mohd Japar Mohamad Monir
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk mengetahui Indikator Pemikiran Kritis dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan di Betong, Sarawak. Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif secara keseluruhannya. Metod pengumpulan data kajian menggunakan instrument temubual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka indikator ilmu pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam, meneliti kemahiran teknikal iaitu prasarana pendidikan dan kesediaan guru terhadap pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam dan mengenalpasti faktor yang menyokong dan menghalang proses pemerkasaan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran kritis mampu untuk diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam. Selain itu, sebagai seorang GPI yang terlatih, kaedah pengajaran boleh dilaksanakan secara fleksibel berdasarkan situasi semasa mengajar. GPI juga mampu mengaplikasikan pemikiran kritis dalam pengajaran yang dilaksanakan sekaligus mencungkil corak pemikiran kritis murid. Selanjutnya, terdapat faktor yang menyokong proses pemerkasaan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam ini iaitu kesediaan seseorang guru. Manakala, proses yang menghalang proses pemerkasaan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam ini adalah kurikulum Pendidikan Islam. Tuntasnya, kajian ini membincangkan indikator penting dalam pemikiran kritis guru, kemahiran teknikal seseorang guru dalam pengajaran Pendidikan Islam dan terdapat faktor yang menyokong dan menghalang proses pemerkasaan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi memastikan GPI menjadi seorang guru yang proaktif dalam melaksanakan pengajaran kritis dalam subjek Pendidikan Islam. Kajian ini membantu GPI untuk memastikan pemikiran kritis dalam pengajaran Pendidikan Islam dapat dilaksanakan dalam subjek Pendidikan Islam.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.