|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PCK) digambarkan sebagai pengetahuan yang khusus bagi guru di mana ia dapat mengenal pasti pengetahuan subjek bagi guru berbeza daripada yang difahami oleh pakar kandungan subjek. Kertas ini membincangkan bagaimana pengintergrasian komponen-komponen PCK yang melibatkan pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan pedagogi khusus dan pengetahuan konteks semasa membuat transformasi pengajaran pembelajaran dengan menggunakan _Model of Pedagogical Reasoning and Action_. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kajian kes untuk menyiasat dan meneroka PCK guru matematik semasa mengajar tajuk Trigonometri. Kajian ini melibatkan lima orang guru matematik baru (< 5 tahun) dan lima orang guru matematik berpengalaman (> 5 tahun) tingkatan 4 di daerah Batang Padang, Perak. Data kualitatif dikumpul melalui temu bual, pencerapan (pemerhatian) pengajaran pembelajaran, dan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti silibus, buku rekod mengajar, dan latihan-latihan yang diberikan pada pelajar di papan putih. Dapatan kajian membincang cara pengintergrasian komponen-komponen PCK guru matematik baharu dan berpengalaman yang melibatkan empat peringkat iaitu peringkat persediaan, peringkat persembahan atau perwakilan idea, peringkat adaptasi, dan peringkat pengubahsuaian khusus.
Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PCK) |
| References |
Frenstermacher, (1994). A Case study of a college physics professor’s pedagogical content knowledge. Unpublished PhD. dissertations. Georgia: Georgia State University.
Good, T. L. & Brophy, J. (1990). Looking in classroom (5th ed.). New York: Harper & Row.
Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New York: Teachers College Press.
Gudmundsdottir, S. (1995). The narrative of pedagogical content knowledge. Diperoleh Jun 15, 2005 daripada http://www.svt.ntnu.no/ped/sigrun/publikasjoner/PCKNARR. html/
Hogbin, R. (1998). Teaching trigonometry to a year 10 class. Diperoleh September 14, 2005 daripada http://s13math.aca.mmu.ac.uk/
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Matematik Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Matematik Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Buku Teks Matematik Tingkatan 4, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Khoo Phon Sai (1987). Belajar untuk mengajar matematik sekolah menengah. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Magnusson, S., Borko, H., Kradjcik, J. & Layman, J. (1993). The relationship between teacher content and pedagogical content knowledge and student content knowledge of Heat Energy and Temperature. Paper presented at the Annual Meeting of the National Association for Research in Science Teaching. MA: Boston.
Noor Shah Saad (2006). Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi dan Amalannya di Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Tg. Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Shulman, L. S. (1986a). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Research, 15 (2), 4-14.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Education Review, 56 (1), 1-22.
Van Driel, J. H., Verloop, N. & De Vos, W. (1998). Developing science teachers’ pedagogical knowledge. Journal of Research in Science Teaching, 35, 673-695.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |